Pengurusan Badan Pelesenan

Music Right Sarawak Berhad (MRSB)

MUSIC RIGHT (SARAWAK) BERHAD (MRSB) adalah sebuah Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) yang bukan berasaskan keuntungan


Ia mewakili kesemua penggiat seni industri Muzik Malaysia khususnya di Sarawak bagi pihak pengkarya lagu-lagu etnik tempatan. Ahli yang menyerahkan mandat kepada MRSB untuk mengawal hak royalti mereka di Sarawak akan mendapat manfaat daripadanya.


Pada 5 November 2021, MRSB telah diberikan sijil pengisytiharan sebagai badan pelesenan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia ("MyIPO"), menururt Peraturan-Peraturan Akta Hak Cipta (Badan Pelesenan) 2021, yang membolehkan MRSB beroperasi sebagai CMO di Malaysia.

Penubuhan Entiti Berasingan

Persatuan Armada Anak Seni Sarawak (ARAS) telah menubuhkan Music Right (Sarawak) Berhad (MRSB) pada 28 September 2020. 


MRSB ditubuhkan sebuah entiti berasingan yang fokus kepada kutipan royalti muzik dan pengeluaran lesen penggunaan muzik di khalayak umum khusus di Wilayah Sarawak. 


Skop kutipan royalti hanyalah ke atas lagu-lagu etnik tempatan Sarawak seperti lagu Iban, Bidayuh, Melanau, Kayan, Kenyah, Lunbawang, Salako dan lain-lain.

Ahli MRSB Terkini

Keahlian ahli yang berdaftar dengan MRSB kini berjumlah 973 orang dan semakin bertambah dari semasa ke semasa. Keahlian ini juga merangkumi:


Sehingga kini, terdapat 32 buah syarikat rakaman di Sarawak yang menyokong penubuhan MRSB serta beberapa buah NGO berkaitan muzik seperti:

#karyakamekhakkamek #mrsbswk

Nombor Pendaftaran:

202001030150 (1386470-K)

No Pengisytiharan: LB20210002

Tarikh Pendaftaran Syarikat: 28 September 2020